BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 10, 2009

Kerjasama

Hari ini selepas mengemas dan menyusun kembali barang-barang katering, aku teringat pula pada ikan keli ku. Lantas, aku terus bergegas meninjau kolam ikan keli untuk diberi makan. Seronok dan puas hatiku ini melihat ikan keli-ikan keli yang sudah semakin membesar. Kemudian, aku pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan berehat. Pada sebelah petang pula, aku dan isteri ke Kolej Antarabangsa DMDI untuk mengemaskini barang-barang katering, mana-mana pinggan mangkuk yang kurang harus ditambah agar tidak menimbulkan masalah pada keesokan hari. Ini kerana pada hari esok, hanya isteri tersayang seorang diri yang mengendalikan katering. Kasihan juga padanya..terpaksa bersusah-payah membantu aku memajukan bisnes ini. Maklumlah, tender makan 6 bulan seperti inilah harus kami jaga dengan baik. Mudah-mudahan jika mereka berpuas hati, mungkin mereka akan berhubungan dengan Camca Emas Catering lagi. Walaupun aku seorang Pengurus, aku tidak menyerahkan tugas ini kepada pekerja yang lain. Bagi aku, kejayaan tidak akan datang dengan mudah. Biarlah aku bersusah-susah dahulu. Tambahan pula, aku dan isteri saling bekerjasama untuk memajukan CM CATERING. Aku juga mempunyai company yang lain iaitu ILHAM JUFRI ENTERPRISE. Company ini ada menyediakan perkhimatan seperti (EVENT ORGANIZER) .Dengan adanya kedua-dua company ini,aku semakin sibuk menguruskannya. Oleh itu, harapan aku agar aku berjaya mengendalikan kedua-dua perniagaan ini bersama isteri tersayang. Aku sentiasa berdoa agar Allah swt mempermudahkan jalan kami ini...Insya Allah swt...

1 comments:

johan said...
This comment has been removed by the author.