BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 27, 2009

HARI RAYA AIDILADHA

Seawal jam 7.30 pagi, aku bersiap-siap untuk pergi ke rumah mak mertuaku. Isteri dan mak mertuaku bersolat di Masjid Kg kandang. Aku pula bersolat di Masjid Balik Bukit. Maklumlah, takde geng lar kalau solat di Masjid Kg Kandang. Hehehe..Kalau di Masjid Kg Balik Bukit, dapat juga aku jumpa member2 lama dan berborak panjang selepas solat. Selepas selesai solat sunat Aidiladha, aku dan isteri bersama mak mertuaku pergi ke rumah nenek..ada buat kenduri sikit. Fuhhh..makan lagi aku ni. Baru ingat nak berdiet. Semalam buat medical check-up..dah naik 84 kg! MasyaAllah...isteri aku lah yang banyak mengubah aku. Mana taknya, dia tak habis makan, aku pula yang terpaksa menghabiskannya. Sayang betul bila tengok makanan dibuang begitu sahaja..Dia yang tak cukup berat badan, aku pula yang dah terlebih berat badan. Mama..mama..mama..Selepas selesai kenduri, aku dan isteri terus pulang ke rumah kami. Mak mertuaku tak mahu ikut balik sama. Katanya, nak berborak lama2 dengan sedara-mara...Biarkanlah..Sampai di rumah, sempat juga melelapkan mata sekejap sementara menunggu petang. Jam 2.30 petang aku bergerak untuk menguruskan korban bagi keluarga kami. Dia tak mahu ikut sekali, takut katanya melihat lembu dikorban. Hehehe...Pada tahun ini, kami sekeluarga buat korban kelompok. Alhamdulillah...Meriah juga nampaknya bila ramai orang kampung keluar untuk membantu menguruskan daging untuk di agih-agihkan kepada orang Kg Pendamar. Malam pula aku pergi ke rumah mak mertuaku. Ada buat makan ikan bakar. Walaupun perut ni tak lapar, aku kena pergi juga sebab majlis ini melibatkan keluarga. Maklumlahkan untuk mengeratkan silaturahim sesama saudara. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua...

Tuesday, October 27, 2009

PERGI DAN DATANG

Hari nie aku pergi banyak tempat untuk settlekan masalah remeh aku.Mula-mula aku pergi ke bengkel untuk servis kereta aku maklumlah hujung minggu nie aku nak jalan jauh kan .Kedua aku pergi kedai tayar untuk ganti tayar baru yang lama tue dah nipis la.Pada masa yang sama ada pangilan dari digi yang lama tak call untuk buat function dia ,Ape lagi dapat projek baru lah rezeki datang lagi syukur pada allah swt. Projek semakin hari semakin banyak aku kesian tengok isteri yang keletihan.Ape pun isteri aku banyak memberi semangat dan banyak menolong aku dari sejak khawin lagi.Bertuah aku dapat pakej untuk berjaya dalam membentuk sebuah keluarga.skang aku tengah sibuk mencari kenderaan perniagaan iaitu mitsubishi storm pada harga yang murah skang yang ada pun mahal lagi la

Friday, October 23, 2009

MINGGU REHAT

Lama tak tulis blog ,Hari nie aku takde ape yang nak buat semua keje berjalan dengan lancar.Aku skang tengah buat proposal untuk projek yang akan datang.Harap-harap dapat lah projek tue ada rezeki lebih tahun nie.Aku tak sabar lah nak tunaikan hasrat aku untuk memperolehi storm kalau dah ada senang lah aku nak bawak barang catering nanti tul tak.Semalam aku pergi main bowling dengan kawan tak sangka plak aku buat jatuhan pin yang tertinggi dalam sejarah aku 700 pin untuk 4 game .aku bersyukur pada tuhan yang banyak menberi rezeki padaku

Saturday, October 17, 2009

SANTAI

Hari nie aku bangun lewat sikit jam 9 pagi.Lepas isteriku kemas rumah dan buat kerja-kerja semua .Kami pergi ke kolej DMDI untuk setting barang-barang nutuk minggu depan .Biasalah aku kene jaga selama 6 bulan kan lepas semuanye siap aku belanja isteri makan kat food court.Aku boring tak tahu ape nak buat lagi petang nie hai..................................................

Friday, October 16, 2009

KUDRAT JOHAN ALEE

Hari nie aku bangun awal jam 6 pagi.Lepas subuh aku siap-siap ke stor untuk menyediakan barang-barang yang akan di gunakan kat sekolah semabok .Jamuan kat sekolah semabok start jam 10 pagi, Aku dengan budak aku pergi setting awal supaya senang.Lepas semua settle aku pergi kutip balik barang-barang tadi dan ambil duit sekali.Settle kerja aku untuk pagi .Pada sebelah petang plak aku buat air untuk jamuan MBMB bemula jam 2.30 petang hingga jam 5.Settle semuanye aku pick-up barang dan ambil duit skali .Malam aku dan isteri keluar makan dan bank-in duit yang customer bayar pagi tadi ,Alhamdulillah murah rezeki aku minggu nie .syukur pada tuhan.Segala penat lelah aku nampak juga hasilnye semakin bertambah.Semoga allah swt memberkati usaha hamba yang sentiasa bersyukur padanye AMIN.

Tuesday, October 13, 2009

PROJEK BARU

Hari nie waktu aku duduk lepak ,ada panggilan dari sekolah kebangsaan pendidkan khas semabok untuk order jamuan makan hari jumaat .Aku cakap dgn cikgu yang berkenaan akan datang petang untuk berbincang menu.Pada waktu yang sama MBMB juga ada order jugak pada hari selasa nie untuk jamuan anggota JPM .rezeki aku murah hari kerana ada 2 order hari nie syukur alhamdulilah.petang tadi aku jumpa bapa mentua aku untuk tanya pendapat aku ingat nak keluar mitsubisi storm supaya senang nak angkat barang2.Bapa aku cakap sabar jangan gopoh-gopoh dalam hal nie berniaga nie macam memancing kadang-kadang dapat ikan kadang-kadang takde langsung.Aku sentiasa akan mendapat khimat nasihat dari bapa mentua yang sentiasa menjadi tempat aku mendapat idea dan nasihat.

Monday, October 12, 2009

REZEKI



Hari ini aku dapat bayaran daripada pelanggan aku. Ye lah...setelah penat mengendalikan katering, sekarang tibalah pula masa untuk mengutip hasilnya. Aku pergi mengambil bayaran daripada salah seorang marketing aku di Bachang. Selepas mengambil duit, aku belanja isteri makan ayam golek. Maklumlah..ada rezeki lebih, apa salahnya belanja isteri makan besar sedikit..padahal takdelah besar sangat. Dalam pertemuan$ singkat aku dengan marketing aku tadi, dia kini dalam proses mendapatkan projek besar. Aku sempat bergurau dengannya..kalau besar projek, dapatlah besar komisen dia. Tambahan pula, isteri aku pun sekarang tengah rancak buat business SCORE A PROGRAMME. Cuti sekolah pun tidak lama lagi. Dengan adanya programme seperti ini, dapatlah anak-anak sekarang belajar di rumah dan tak perlu ke pusat tuisyen lagi. Biarlah apa yang dia nak buat, asalkan dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik. Isteri aku selalu bertanya, "Papa, tak penat ke asyik kerja je?". Aku jawab, "Sekarang Papa kenalah kerja kuat sebab nanti rumah dah siap banyak nak pakai duit kan". Sebenarnya, segala penat & letih akan hilang bila aku dapat hasilnya. Alhamdulillah..ini semua rezeki Allah swt..Aku bersyukur..