BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 12, 2009

REZEKI



Hari ini aku dapat bayaran daripada pelanggan aku. Ye lah...setelah penat mengendalikan katering, sekarang tibalah pula masa untuk mengutip hasilnya. Aku pergi mengambil bayaran daripada salah seorang marketing aku di Bachang. Selepas mengambil duit, aku belanja isteri makan ayam golek. Maklumlah..ada rezeki lebih, apa salahnya belanja isteri makan besar sedikit..padahal takdelah besar sangat. Dalam pertemuan$ singkat aku dengan marketing aku tadi, dia kini dalam proses mendapatkan projek besar. Aku sempat bergurau dengannya..kalau besar projek, dapatlah besar komisen dia. Tambahan pula, isteri aku pun sekarang tengah rancak buat business SCORE A PROGRAMME. Cuti sekolah pun tidak lama lagi. Dengan adanya programme seperti ini, dapatlah anak-anak sekarang belajar di rumah dan tak perlu ke pusat tuisyen lagi. Biarlah apa yang dia nak buat, asalkan dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik. Isteri aku selalu bertanya, "Papa, tak penat ke asyik kerja je?". Aku jawab, "Sekarang Papa kenalah kerja kuat sebab nanti rumah dah siap banyak nak pakai duit kan". Sebenarnya, segala penat & letih akan hilang bila aku dapat hasilnya. Alhamdulillah..ini semua rezeki Allah swt..Aku bersyukur..

0 comments: