BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 27, 2009

HARI RAYA AIDILADHA

Seawal jam 7.30 pagi, aku bersiap-siap untuk pergi ke rumah mak mertuaku. Isteri dan mak mertuaku bersolat di Masjid Kg kandang. Aku pula bersolat di Masjid Balik Bukit. Maklumlah, takde geng lar kalau solat di Masjid Kg Kandang. Hehehe..Kalau di Masjid Kg Balik Bukit, dapat juga aku jumpa member2 lama dan berborak panjang selepas solat. Selepas selesai solat sunat Aidiladha, aku dan isteri bersama mak mertuaku pergi ke rumah nenek..ada buat kenduri sikit. Fuhhh..makan lagi aku ni. Baru ingat nak berdiet. Semalam buat medical check-up..dah naik 84 kg! MasyaAllah...isteri aku lah yang banyak mengubah aku. Mana taknya, dia tak habis makan, aku pula yang terpaksa menghabiskannya. Sayang betul bila tengok makanan dibuang begitu sahaja..Dia yang tak cukup berat badan, aku pula yang dah terlebih berat badan. Mama..mama..mama..Selepas selesai kenduri, aku dan isteri terus pulang ke rumah kami. Mak mertuaku tak mahu ikut balik sama. Katanya, nak berborak lama2 dengan sedara-mara...Biarkanlah..Sampai di rumah, sempat juga melelapkan mata sekejap sementara menunggu petang. Jam 2.30 petang aku bergerak untuk menguruskan korban bagi keluarga kami. Dia tak mahu ikut sekali, takut katanya melihat lembu dikorban. Hehehe...Pada tahun ini, kami sekeluarga buat korban kelompok. Alhamdulillah...Meriah juga nampaknya bila ramai orang kampung keluar untuk membantu menguruskan daging untuk di agih-agihkan kepada orang Kg Pendamar. Malam pula aku pergi ke rumah mak mertuaku. Ada buat makan ikan bakar. Walaupun perut ni tak lapar, aku kena pergi juga sebab majlis ini melibatkan keluarga. Maklumlahkan untuk mengeratkan silaturahim sesama saudara. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua...

0 comments: